Tuesday, 4 June 2013

DUPDAP..!!MY INTERVIEW EXPERINCE PART 3

Assalammualaikum…apa khabar.. Aku continue k cerita aku….

Pagi tu aku bangun awal setelah semalam susah betul nak tidur..opss..lupa nak bagitahu yang tempat penginapan ada wifi free,so memang kami satu family enjoy sakan la…di samping itu dengan perasaan nervous aku tu,aku susah betul nak tidur. Susah kan kalau tukar tempat tidur ni..dia susah betul nak tidur…

Jadi..aku bangun dalam pukul 6.30 pagi.. Hampa nak tahu x.. Dekat bangi tu 6.30 pagi..dah macam 7.30 pagi dekat penang.. aku rasa aku macam bangun lambat..so macam kelam kabut la…tapi bila tengok balik jam..oh.. awal lagi… Yang lain masih di ulit mimpi dan kesejukkan cuaca bilik tu..aku cemburu pulak…

Ha..dah siap pun aku…I’m ready…ready…yes..apa jadi, aku kena kuat, nurhanie izni..relax okey…baca doa banyak-banyak..confident… Itu la yang aku pesan pada diri aku sebelum aku pergi…sempat la aku dapat mesej dari sahabat baik aku..syafiqah danian…lega la sikit dan aku juga bagi mcj dekat cikgu yang rapat dengan aku..Puan Ashikin..dan aku pun sempat buat roti + kaya…tapi..

Kenapa nie?

Why????

Xpernah2 jadi macam ni kenapa roti x bleh masuk dalam mulut…aku dah macam nak muntah…adusssss!! 

Ini kali pertama aku jalani sesi temuduga…..

Okey…cool down…relax..

Aku try makan sikit2…selepas salam mak,aku dan ayah bertolak la..dalam jam 8.30 pagi..oh.. ayah aku pagi tu breakfast mcm2 cuz dapat pakej breakfast free untuk seorang..actually ayah aku suruh aku pergi..tapi aku yang suruh ayah aku pergi..cuz aku x makan breakfast sangat..ayah aku sempat cerita la..ada macam-macam..pilih ja apa nak..heheheh… tapi, aku punya nervous tu dah tak kisah dah..

So…setelah sampai di bangunan falkulti kejuruteraan dan alam bina,aku pun turun dan tengok list nama dekat papan kenyataan…Check..oh ada  kumpulan..cari nama aku…cari dan cari…oh..yes!!..aku kumpulan 4..eh kenapa ada nama lee chong wei ni..erm..tengok balik..oh!! chong wei wen..heheheh…ingatkan apa tadi..nak dekat2 pulak.. so aku pun berjalan sampai la satu kawasan dan aku terpandang seseorang yang aku memang kenal la..budak lelaki cina tu satu matrik dengan aku..herm hensem..aku boleh kenal dia pun sebab muka dia hensem..so aku pun tegur la,tapi aku x tahu nama dia…

“matriculation student right?’tanya aku..

“yes I’m…you also?”budak lelaki cina tu menganggukan kepala saja tetapi soalan kau di jawab oleh ayah budak cina tu…

Seterusnya ayah aku pun sembang la dengan ayah budak cina tu..oohh..orang sungai petani rupanya..ayah dia cikgu dan semalam budak lelaki cina tu pun pergi interview arkitek dekat UM..wah..satu beg lukisan dia. Aku??? aku hanya bawa fail yang ada sijil sahaja..dengan lukisan yang sikit2 sahaja…dua ja lukisan aku…

Tiba-tiba aku Nampak Adila, class praktikum lama aku waktu fizik dulu dekat matrik..huh!! nasib baik ada kawan,x la aku nervous sangat..

Kami di minta beratur untuk membuat pendaftaran..satu borang kuning di minta diisi..dan kami di bawa ke sebuah bilik..dan aku sempat salam dengan ayah..setiap langkah aku penuh dengan debaran..

Ya allah,bermula la detik baru aku…kau tolong la aku untuk temuduga ini..
Aku di bawa ke bilik computer…aku mengambil tempat di baris no 2..dan sebaris dengan aku da 4 meja..1 tempat aku dan lain di penuhi dengan pelajar lelaki..budak cina tu sebaris dengan aku tapi kami di pisahi dua orang budak lelaki..adila duduk di barisan hadapan..

Ish..x sangka aku dapat jumpa budak lelaki cina yang aku suka ni…walawei..dah la hensem..muka ala2 korea..macam..macam..ha!! siwon super junior…
                                                                        
                                                        

ish..suka bebenor la teman ni..ate teman jumpe dengan orang yang teman bekenan…teman suka-suki je..xde maknenya teman nak dia jadi boy friend teman..jap..tadi tulis penang..ni tulis bahasa perak pulak..x la,aku memang di besarkan di pulau pinang,tapi aku di lahirkan di Perak…

Herm,ada beberapa pensyarah yang sedang sibuk menguruskan kami..dan ada seorang pensyarah ni mula berkata-kata sebagai pengenalan..aku lebih gemar mendiamkan diri…

“okey..baik la,kami akan bagi kamu kertas lukisan ini dan tengok di  skrin hadapan ni..ada tiga gambar..rama-rama, kereta hybrid dan hutan tropika. Jadi kamu di minta melukis bangunan dari gambar di atas. Tak kisah la macam mana mengikut imaginasi kamu bangunan kamu ada makna tersurat dan tersirat. Dan huraikan bangunan kamu. Dan kamu di beri masa 45 minit untuk melakarkan bangunan kamu.”Itu la kata-kata pensyarah yang membuatkan aku…

Astafirullahalazim….

              

Wei..apa ni..rama-rama??hutan??kereta??? lepas tu lukis bangunan..xpernah-pernah pun aku lalui semua ni..macam mana nak melukis..teknik apa yang aku nak guna…aku x reti..mak..ayah…macam mana ni…serius….

Relax…aku boleh melukis…ingat izni..hang bleh melukis…apa guna hang melukis dinding kelas masa form 3, masuk pertandingan melukis masa form 1..dan tiap2 tahun masa dekat sekolah hang melukis..dan apa guna hang conteng gambar dinasour besar dekat kelas masa tingkatan 4..dan dekat matrik hang menang top 10  melukis komik..ingat arwah pak su pesan..pegang pensil dan feel apa yang kita nak melukis…

Pak su..nie[nama samaran aku] takut nak melukis balik..tapi ni x da experience lukis bangunan..baik la..nie ingat teknik yang kita pernah sama2 belajar melukis…
Cool la..pensyarah tu cakap lukis ja apa ada dalam kotak minda kami..so,buat ja la..


Dah hampir 5 minit aku fikir,aku pun mula melukis..lekuk sana sini.. budak lelaki sebelah aku ni bajet gila…ya allah..siap bukak handphone dan pasang earphone dah menyanyi pelahan2..nampak la tu yang dia buat2 happy..sabar ja la aku ni..aku pun melukis dan hanyut dalam dunia IMAGINASI AKU!!!

Alhamdulillah..aku dah siap,dan kami di minta ke tingkat dua untuk di temuduga..semasa aku beratur..aku tanya adila dia kumpulan berapa..oh..dila kumpulan 6..kami bertiga x pernah lekang..sentiasa bersama…happy pulak aku…dapat jugak aku dengan budak lelaki cina ni..jadi,aku x nak sia-sia pertemuan aku dengan dia,so aku tanya la nama dia apa..

“nama you apa?”tanya aku..malu la..
“chong wei wen.”aku senyum dan memandang dia..eh dia senyum la..manis nya…
“oh..kamu kumpulan 4 kan..sama la…”girang aku menjawab..
“ya..”jawab wei wen..
“semalam you pergi interview UM,mereka cakap dalam bahasa apa..”saja aku mahu hentikan suasana gemuruh kami..jadi kami pun berbual..
“bahasa inggeris..”jawab wei wen dengan senyuman…
Aduh! Apek ni…jangan senyum la..tapi jawapan dia menghidupkan rasa gemuruh aku dan dila…

Kami di bawa ke sebuah bilik menunggu..sorang demi sorang di lepaskan setelah di panggil untuk temuduga..tadi kami berdiri sama-sama..sekarang kami duduk pun dekat2..wei wen belakang aku..dila sebelah aku…aku hanya diam dan baca doa pelahan..

Turn aku…

Wei wen dan dila sempat mengucapkan good luck dan aku sempat memberi senyuman manis pada kedua-dua mereka..aku di panggil bersama seorang lelaki..kami berjalan bersama..

“datang dari mana?” lelaki tu mulakan perbualan kami.
“oh,kami datang dari penang awak?”aku mengunakan kami sebagai kata ganti saya,dan aku..

“shah alam..rajin datang sini.”tanya lelaki yang sama tinggi dengan aku. Orangnya smart..



“ooo.ni temuduga kami yang pertama..shah alam..erm dekat ja la kan..”aku mula ramah..
“..tadi pun guna GPS jugak nak cari UKM.” Kami berdua mula diam..setelah bilik untuk temuduga berada di hadapan kami..

Kami menyerahkan lukisan kami dan kami melalui ujian rabun.. alhamdulillah, kami berdua dapat markah penuh.. kami di minta menunggu..dan aku sempat melihat bilik temuduga..ada dua orang penemuduga lelaki..ish mesti garang…

Kami pun duduk di luar ,lelaki tadi sempat sembang dengan rakannya..maybe..dan aku duduk la dekat tangga. ada seorang budak india perempuan jugak menunggu gilirannya..aku diam..setelah kawan budak lelaki tu dan budak perempuan india masuk ke bilik temuduga, lelaki tu datang dekat aku dan angkat kening kepada aku.. aku pun balas dengan mengangkat kening aku..ish,,aku ni,kenapa angkat kening…

“nama apa?” aku mula memecah kesunyian..
“azizi..you..” ish..dia guna I , you pulak..
“hanie..”aku diam.. “anak ke berapa?” apa punya soalan la aku tanya..aku pula yang temuduga orang..
“anak ke tiga dari 4..semua perempuan..i sorang lelaki.”erm boleh tahan lelaki ni.. kacak..macam kamal adli. “you anak ke berapa..umur you berapa?” sambung azizi lagi..

“kami anak ke dua dari 5..” aku agak gagap “3 perempuan dan dua lelaki..umur kami 19..awak?”
Azizi x menjawab soalan aku tapi membuat gaya tangan sahaja..dua puluh tiga..what..??izni hang ingat ni sekolah ka,yang pergi temuduga ni semua umur sama hang..x la..ni U la..ada yang dah kahwin pun ada nanti hang jumpa..Opps..aku lupa..aku agak terkejut..

“Nampak tua ka Nampak muda.”tanya azizi
Aku dengan muka tekejut menjawab. “muda..”itu ja la jawapan aku
“tu la..tinggi x nak naik..”azizi menjelaskan lagi..
Aku hanya diam..serba salah..saya x bermaksud nak kata awak rendah..tapi awak tinggi la..sama tinggi dengan saya..
“dulu belajar mana?”azizi mematikan lamunan aku..
“matrik..awak..”
“I poli tengku omar..matrik mana..”
“matrik penang..”
“memang minta course  ni..”tanya azizi
“erm..yang ni pilihan kedua..” itu sahaja jawapan aku

Kami di panggil masuk..azizi sempat mengucapkan good luck dekat aku..dan aku pun ucapkan benda yang sama.kami berdiri di depan bilik penemuduga..

“lihat dekat pintu ada tulis AR pada nama penemuduga..itu maksud arkitek..bilik sebelah tu DR..doktor.. ingat nak masuk bilik doktor sebab perempuan.”itu la yang sempat azizi kata kan sebelum kami sama-sama masuk ke bilik penemuduga.
“erm..lelaki ni straight sikit..”itu jawapan aku kepada azizi.

Pintu bilik di buka dengan baik oleh aku..dan aku masuk dahulu diikuti azizi..dan kami memberi salam..dua penemuduga yang umur dalam 50-an depan azizi dan 60 an depan aku..
“okey,baik lah..Muhammad nor azizi dan Nurhanie izni..”kami berdua hanya menggangguk dan hanya menunggu kata-kata panel yang seterusnya..
“saya temuduga nor azizi dulu.”aku hanya mengangguk dengan keputusan panel 1..



Setelah azizi di temuduga,kini giliran aku pula..aku bersyukur kerana bukan aku sorang2 yang pergi temuduga,nasib baik dua orang sekali masuk..
Panel 2 pula temuduga aku..
“nurhanie izni..”tanya panel 2
“ye saya..”jawabku..hilang sekala nervous kerana aku dapati yang kedua-dua panel ni kira satu kepala dan baik..
“dulu belajar mana?”
“saya dulu belajar dekat kolej matrikulasi pulau pinang..”macam2 la panel tu tanya..result la..dan sebagainya..
“ini pilihan kamu yang keberapa?” tanya panel 1
“ini pilihan saya yang kedua.”
“pilihan pertama kamu?” tanya panel 1
“Ukm jugak”satu-satu aku jawab..relax..
“jurusan..?”tanya panel 2 pula
“medic..”itu jawapanku..dan panel 2 tersedak.terbeliak kedua-dua panel..
“kamu x pergi interview..?tanya panel 2..yup..medic UKM pun ada temuduga..
“tak sebab saya tak dapat..”tu jawapan aku sekaligus menjawab kepada soalan azizi tadi..aku perasan azizi agak terkejut juga dan hanya mengangguk sahaja..
“kamu tahu x madic dan arkitek adalah dua bidang yang berbeza..sangat berbeza..arkitek,kamu kena kreatif,tapi medic kamu x perlu melakar untuk bedah..”panjang lebar kata-kata panel 1. “macam mana tok wan..??” tanya panel 1 kepada panel 2.aku agak tergelak dengan panggilan manja itu..

“kamu tahu tak..kamu jadi doctor kamu kena jumpa pesakit..tetapi kalau kamu jadi arkitek kamu akan jumpa orang kaya.yang mana kamu nak..”panel 2 mula berjenaka dengan aku..tuan,saya suka jadi doctor kerana itu cita-cita saya..tapi saya tahu yang saya xboleh jadi sebab saya ukur baju pada badan sendiri..

“saya tahu..tapi saya rasa sekarang saingan sangat sengit..jadi jika rezeki saya dekat sini saya akan berusaha..” itu la jawapan aku
“mengikut result kamu..kamu boleh jadi doctor..macam-macam kamu boleh buat..kamu boleh cari scholarship..” itu la kata-kata panel 1..

Setelah habis temuduga..aku pun keluar dengan penuh seribu tanda tanya.. HOW MY FUTURE?????
Perkara itu membuatkan aku nak menangis..
Aku dan azizi keluar dan berjalan beriringan..

“lepas ni you terus balik..?” azizi memandang pada aku..kini semua hal aku dia tahu..maksud aku bidang yang aku nak dia tahu semua.. azizi lebih berpengalaman daripada aku..dia pernah berkerja di sebuah syarikat arkitek di Kuala Lumpur..dalam mereka masjid..
“xtahu lagi..saya ikut family lepas ni nak pergi mana..” maaf aku x da mood nak cakap..
“adik I pun nak masuk matrik,dia nak jadi doctor gigi..anyway..don’t worry you can be what you want.”aku hanya senyum..
“oo..xpa..adik awak boleh masuk matrik..”kami berpisah di tangga. Dan kami tidak berbual lagi..dan lepas ni aku xkan bertemu dengan azizi..yang umur dia jauh daripada kau..

Aku mencari ayah..
 “oo..kamu dah habis..call your father…”jawab seorang lelaki
“eh..uncle..yes..you know where my father?”tanya aku..rupa-rupanya ayah wei wen..
“no..how your interview?”
“overall okey..wei wen belum temuduga lagi”

Uncle hanya mengangguk..
“okey la uncle saya nak call ayah saya..thanks uncle.”

Hati aku dirempuh resah..aku call ayah..ayah sudah pulang ke penginapan..terpaksa la aku menunggu. Mungkin dalam 20 minit aku kena tunggu..kereta yang ada pada tempat parking semuanya mewah-mewah..BMW,ACCORD, mini cooper…..memang mewah..sangat mewah..tapi aku x tengok semua tu..bukan aku nak tunjuk yang aku bagus..tapi ada sebab..aku lebih rela hidup susah..sebab banyak pengalaman yang kita dapat..

Macam mana ni..aku rasa macam x dapat ja interview ni..positif..positif,penyesalan menyusul jua…You know what izni..apa-apa jadi pun, ini semua takdir..don’t worry..allah ada bersama..Aku pulang dengan seribu persoalan..cerita di atas adalah benar..kisah aku..

Kepada anda yang akan pergi temuduga..anda kena berusaha habis-habisan kerana peluang datang sekali..aku yakin semua orang mampu..masa aku pergi ramai yang sediakan skrip..itu jugak bagus..at least ampa buat preparation..so.all the best..

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kak.. saya tahu blog ni dah tulis 2 tahun lepas, saye nak tanye yang pasal temuduga kakak tu kan.. die speaking or kakak translte to bahasa? btw,saya suka baca blog kakak..sebab pengalaman kakak ni mcm penuh dengan cabaran..

NURHANIE IZNI said...

Walaikummusalam..hai adik..thanks baca blog ini..maaf kalau ia tak menarik dan harap ia dapat membantu....bergantung kepada juri yang menemuduga kita...masa akak haritu..nasib baik la juri tu cakap melayu..kalau cakap english..memang ketar lutut..tapi tak apa..yang penting confident level...dan jawab soalan yang diberi dengan baik...dan senyum selalu...apa2 pun all the best..kalau masih ragu2..tanya saja soalan...akak sudi membantu..